Rawatan Kesuburan Malaysia: Persenyawaan In Vitro (IVF)

Categories:

Apa itu In-vitro? IVF atau persenyawaan in vitro (IVF) merupakan salah satu proses alternatif rawatan kesuburan di mana telur ovum dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal.

Proses persenyawaan boleh berlaku di dalam ceper (gelas kaca). Untuk pengetahuan anda, beribu-ribu bayi telah berjaya dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak pertama kali kaedah ini diperkenalkan pada tahun 1978.

Bagaimanakah IVF Memberi Manfaat?

Anda boleh menjalani rawatan IVF untuk kesuburan sekiranya anda mempunyai masalah-masalah kesuburan berikut:

jika tiub falapio anda rosak atau tersumbat, atau anda mempunyai masalah lain di mana hanya IVF dikenal pasti sebagai satu-satunya rawatan  yang mungkin dapat membantu anda untuk mencapai kehamilan.

Jika Suami mempunyai masalah dengan spermanya, anda juga disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik rawatan kesuburan dan boleh dirawat menggunakan kaedah ICSI.

Jika anda telah mencuba ubat-ubat kesuburan seperti clomiphene, atau rawatan alternatif kesuburan yang lain seperti IUI, namun tidak berhasil.

Jika anda telah mencuba untuk hamil selama sekurang-kurangnya dua tahun dan doktor tidak menjumpai sebarang punca tentang masalah kesuburan.

proses ivf berjaya

Bagaimanakah IVF Dilakukan?

Jika anda melihat di laman sosial, terdapat ramai yang berkongsi tips IVF dan bagaimana untuk meningkatkan peratusan kejayaan untuk hamil dengan IVF. Secara amnya, IVF dilakukan mengikut beberapa langkah, dimulai dengan pengambilan ubat kesuburan untuk membantu anda menghasilkan seberapa banyak telur yang boleh.

apa itu in vitro fertilization

Ubat-Ubat Kesuburan

Seterusnya, anda mungkin disarankan oleh pihak doktor pakar tentang pengambilan ubat kesuburan bagi merangsang ovari untuk mematangkan telur sebagai persiapan untuk persenyawaan.

Sewaktu kitaran haid biasa, wanita akan membebaskan sebiji telur yang matang setiap bulan. Kebarangkalian anda untuk hamil adalah lebih baik jika terdapat lebih banyak telur dan penggunaan ubat kesuburan bagi meningkatkan jumlah telur matang yang dibebaskan.

Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil ubat-ubat kesuburan bagi memastikan proses IVF berjaya dengan merangsang ovari untuk meningkatkan peluang kehamilan.

rawatan kesuburan

Suntikan Hormon

Harga IVF di Malaysia mungkin berbeza kerana setiap klinik rawatan menggunakan suntikan hormon yang berbeza. Untuk setiap rawatan IVF, anda diberi suntikan hormon setiap hari selama kira-kira 12 hari. Oleh itu, ovari anda akan lebih mudah terangsang dan membebaskan lebih banyak telur yang matang berbanding biasa.

Hormon bisa yang digunakan ialah hormon perangsang folikel (FSH) iaitu gonadotrophins dan hormon luteinising (LH). Selain itu, wanita-wanita mempunyai tindak balas terhadap ubat kesuburan dalam cara yang berbeza dan ada yang mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk. Oleh itu, doktor akan memantau dengan teliti untuk memastikan anda dijaga rapi sekiranya ini berlaku.

Berapa Lamakah Rawatan IVF akan Berlangsung?

Kebiasaannya, satu kitaran pengalaman IVF mengambil masa id antara empat dan enam munggu untuk sempurna. Anda juga dijangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan.

Anda juga akan kembali semula ke klinik di antara dua atau tiga hari kemudian untuk pemindahan embrio ke dalam uterus yang memakan masa di antara lima atau enam hari.

Berapakah Kadar Kejayaan IVF?

Kadar kejayaan rawatan IVF amat bergantung kepada masalah kesuburan yang anda hadapi serta faktor umur anda. Lebih muda usia anda, maka lebih tinggilah peluang anda untuk berjaya.

Jika anda pernah hamil atau pernah melahirkan bayi sebelum ini, peluang anda untuk berjaya jaga dapat ditingkatkan. Anda juga boleh memperbaiki peluang untuk berjaya dengan cara:

  • Mencapai berat badan ideal dan sihat sebelum anda menjalani rawatan. IVF lebih berkemungkinan untuk berjaya jika indeks jisim badan (BMI) anda di antara 19 dan 30.
  • Mengehadkan atau berhenti pengambilan alkohol, kerana minuman alkohol yang berlebihan akan mengurangkan kadar kejayaan IVF.
  • Jika anda merokok, anda juga disarankan berhenti merokok, termasuklah pasangan anda sekali.

Anda juga disarankan untuk mengurangkan kadar pengambilan kafein. Kadar pengambilan kafein yang berlebihan telah dikaitkan dengan kadar kejayaan IVF yang lebih rendah.